08 Jun 2008

PANDUAN MENAJA 1

BAGAIMANA MENAJA MENGGUNAKAN MAJALAH?
KETIKA di peringkat awal menjadi ahli syarikat pemasaran berperingkat (MLM), ramai di kalangan ahli dibekalkan dengan ‘starter kit’ oleh pihak syarikat. Namun demikian, berapa ramai di kalangan mereka menggunakan ‘starter kit’ untuk tujuan mendapatkan prospek ataupun membuat penajaan (sponsoring)?

Mula-mula sahaja bersemangat, tetapi lama kelamaan ‘starter kit’ disimpan di dalam almari ataupun dibawah katil. Ia tidak ditunjukkan kepada prospek lagi. Kenapa hal ini boleh berlaku?

Ada dua faktor terpenting. Pertama sebab malu dan kedua tak nak prospek tahu anda buat jualan langsung.

Malu
Ramai di kalangan pengedar baru kebanyakannya agak keberatan untuk membawa ‘starter kit’ sama ada berbentuk beg ataupun fail untuk ditunjukkan kepada prospek mereka. Mula-mula sahaja ‘joint’ syarikat MLM, semangat berkobar-kobar – antusias!. Apabila diperli oleh rakan-rakan, semangat bawa ‘starter kit’ pun semakin lama semakin pudar.

Cubalah anda kira, berapa ramai organisasi di bawah jaringan anda (downline-downline) membawa ‘starter kit’ ketika berjumpa dengan prospek masing-masing. Jangankan mereka, anda sendiri pun tak gunakan!

Pengalaman saya, waktu di peringkat awal menyertai sebuah syarikat gergasi MLM tempatan memang penuh bersemangat. Namun, apabila bos ternampak saya mengepit ‘starter kit’, dia memperli saya di hadapan kakitangan-kakitangan yang lain.

“Ada di kalangan rakan kita yang tak cukup makan. Dia dah jadi jurujual!” demikian tempelak bos dalam satu mesyuarat editorial, tempat lama saya bekerja. Mesyuarat itu dihadiri oleh beberapa wartawan, jurugambar, pengarang, penyunting, eksekutif pemasaran dan pereka grafik.

Saya fikir, ramai juga di kalangan mereka yang baru melibatkan diri dengan dunia MLM mengalami situasi yang sedemikian. Kena perli dengan bos, rakan-rakan, adik-beradik, ibu bapa, saudara-mara dan sebagainya. Bila tidak ada daya tahan, akhirnya akan mengalah untuk menggunakan ‘starter kit’ – simpan sahaja di rumah!


Tak nak prospek tahu
Satu lagi faktor kenapa tak bawa ‘starter kit’ ialah kerana tak mahu prospek tahu anda hendak cerita pasal MLM dengannya. Saya juga ada pengalaman mengenai hal ini. Habis waktu bekerja sebagai wartawan, malamnya saya merayau untuk cari prospek. Nak cubalah secara rambang. Sasarannya di kedai makan dan di tempat umum. Saya mencari tempat duduk. Belum pun sempat duduk, orang lari dan menjauhkan diri daripada saya. Pasal apa ye? Kerana saya mengepit ‘starter kit’ berwarna merah.

Memang benar, apabila anda berjumpa prospek, dari jauh lagi prospek sudah boleh mengagak anda hendak bercerita tentang jualan langsung kepadanya sebaik sahaja dia ternampak anda membawa ‘starter kit’. Ini salah satu sebab kenapa ramai pengedar tidak bawa ‘starter kit’ ketika bertemu dengan prospek selain dari sebab rasa malu untuk menunjukkannya.

Kalau tunjuk pun, prospek tidak peduli apa yang ada dalam ‘starter kit’ anda itu. Bagi prospek, apa yang ada di dalam kandungan ‘starter kit’ itu dikeluarkan oleh pihak syarikat sendiri, sudah tentu maklumatnya baik-baik belaka.

Tetapi maklumat sama yang terdapat di dalam ‘starter kit’ tersebut disiarkan di dalam media pihak ketiga yang tidak ada kena mengena ataupun berkepentingan dengan syarikat jualan langsung berkenaan telah memudahkan anda untuk membuat aktiviti penajaan.

Memang ada bezanya kalau anda pergi jumpa prospek dengan membawa ‘starter kit’ pihak syarikat dengan majalah pihak ketiga. Dari jauh anda bawa majalah, prospek tidak akan tahu motif sebenar anda bertemu dengannya dan prospek jauh lebih yakin dengan maklumat yang disiarkan oleh pihak media untuk menyertai perniagaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan mudah sahaja! Tunjukkan majalah yang menyiarkan liputan eksklusif syarikat yang anda sertai itu kepada prospek.

Ketika ini hanya ada sebuah majalah sahaja yang sangat sesuai dijadikan sebagai ‘starter kit’ iaitu majalah SUKSES. Majalah lain bukan tidak ada, ada tetapi ia tidaklah eksklusif dan fungsinya bukanlah sebagai ‘starter kit’.


25 April 2008

MENGAPA MLM JADI PILIHAN?

TENTU anda ingin tahu mengapa MLM kini dilihat semakin menjadi pilihan ramai. Sememangnya pada abad ke-21 ini, bidang MLM sudah menjadi kerjaya yang semakin diminati.

Untuk menghuraikan topik ini, penulis teringat akan nota yang penulis sendiri catat sewaktu menghadiri seminar Success Network Programme (SNP). Seminar ini dikendalikan oleh penceramah yang merupakan seorang jutawan MLM.

Dalam nota tersebut, penulis lebih tertarik dengan satu kajian yang dijalankan oleh universiti tertua di dunia, Universiti Yale. Mengikut kajian universiti berkenaan selama 30 tahun, hanya 5 orang sahaja yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dalam setiap 100 orang yang dikaji selidik.

Kajian itu jelas menunjukkan bahawa hanya 5% peratus sahaja orang yang berjaya dalam kehidupannya. Kajian itu tidaklah memeranjatkan kerana kebenarannya ada di depan mata kita setiap hari.

Selama 30 tahun univerisiti berkenaan menjalankan penyelidikan terhadap 100 orang pemuda yang berumur 25 tahun. Mereka mula bekerja dan sehinggalah mereka berumur 55 tahun dan berikut adalah keputusannya:


1 = Sangat Kaya
4 = Ekonomi Berdikari
5 = Masih Bekerja
27 = Meninggal Dunia
63 = Bangkai Bernyawa

Pada setiap 100 orang, hanya ada seorang yang betul-betul sangat kaya dan 4 orang yang berdikari dari segi ekonomi. Lihatlah realitinya yang terdapat di sekeliling anda, bukankah benar kajian itu?

Jadi, cuba anda bertanya kepada diri sendiri di mana kedudukan anda berdasarkan kajian tersebut? Tidak cukupkah kemudahan dan peluang mengubah kehidupan yang tersedia begitu banyakkanya di sekeliling anda. Jawapannya hanya satu iaitu sama ada anda mahu ataupun tidak mahu. Itu sahaja sebabnya kenapa ada orang boleh berubah dan kenapa ramai yang tidak berubah dari segi kehidupannya.

Di mana anda sekarang? Adakah anda akan terus tetap di situ? Tidak mungkin kerana dunia ini sentiasa bergerak. Oleh kerana tidak mungkin tetap di situ, maka pilihan anda hanya ada satu sahaja dalam hidup ini sama ada anda akan naik ataupun turun. Itu saja. Jika naik, anda akan menjadi 1 atau 4 dalam nisbah 100. Jika turun, anda akan menjadi 95 dalam 100.

Ikuti sambungan artikel topik ini di dalam majalah SUKSES Bilangan 5 yang mana anda akan didedahkan dengan 4 konsep kerjaya. Dapatkan majalah SUKSES Bilangan 5 sekarang.

19 Mac 2008

PERSATUAN USAHAWAN MLM MALAYSIA

Salam sejahtera kepada pembaca.

Beberapa tahun yang lama, timbul isu sebuah syarikat MLM menamatkan keahlian (terminate) seorang pemimpin perniagaan yang pada waktu itu beliau sudahpun memiliki pendapatan puluhan ribu setiap bulan. Kes itu dibawa ke mahkamah dan pemimpin berkenaan memberitahu kesnya telah diselesaikan di luar mahkamah.

Ini baru satu kes. Sebenarnya banyak kes yang penulis temui sepanjang menjadi wartawan MLM, namun penulis tidak pun mengendahkan perkara ini. Tetapi baru-baru ini timbul lagi kisah seperti di atas. Lalu penulis mencadangkan kepada beberapa usahawan MLM bertaraf pemimpin besar supaya diwujudkan satu persatuan yang boleh membela kebajikan pengedar.

Penulis memberitahu, dengan adanya persatuan usahawan MLM, setidak-tidaknya nasib mereka yang telahpun meraih pendapatan lumayan tetapi ditamatkan keahlian boleh diperjuangan. Tetapi bukan bermakna kita menyokong mana-mana usahawan yang melanggar etika yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat MLM, boleh berbuat sesuka hati sehingga menyebabkan imej sesebuah syarikat MLM terjejas.

Yang perlu diperjuangkan adalah usahawan yang "terbukti" teraniaya. Maksudnya, jika ada kes, pandangan atau keterangan dari kedua-dua belah pihak iaitu syarikat dan usahawan harus diperdengarkan.

Penulis mencadangkan perkara ini. Dan sewaktu makan tangah hari di Giant, Batu Caves, dua jam yang lalu, penulis bertemu seorang pemimpin usahawan. Beliau secara tiba-tiba meminta penulis supaya mewujudkan sebuah persatuan untuk usahawan MLM.

Jadi, penulis ingin mendapatkan pandangan daripada semua usahawan MLM yang benar-benar komited untuk menjaga bisnes MLM.

Kewujudan PERSATUAN USAHAWAN MLM MALAYSIA bukan semata-mata untuk memperjuangkan nasib usahawan MLM di Malaysia malah ia juga boleh menjadi satu wadah untuk menjaga industri MLM daripada dirosakkan oleh golongan usahawan yang tidak beretika.

Lebih jelas, kita akan menentang SKIM-SKIM CEPAT KAYA yang mempergunakan kaedah MLM sebagai modus operandi mereka termasuk yang tidak terkawal sekarang iaitu SKIM-SKIM CEPAT KAYA versi internet yang turut menggunakan kaedah networking atau berselindung di sebalik program "refferal marketing"!

Kepada pemimpin-pemimpin usahawan, pandangan anda diperlukan sebelum persatuan tersebut berjaya direalisasikan. Patut atau tidak persatuan yang membela kebajikan pengedar ditubuhkan?

Sila kemukakan pandangan anda ke e-mel wartawanmlm@gmail.com.

Sekiranya anda berminat untuk sama-sama terlibat dalam idea penubuhan persatuan berkenaan, sila hubungi 019-6329767.

Siapakah yang layak menganggotai persatuan berkenaan?
a. Usahawan-usahawan MLM tanpa mengira syarikat yang disertai
b. Wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Jualan Langsung.
c. Golongan aktivis MLM
d. Peguam yang berpengalaman dalam MLM
e. Pencinta industri MLM
f. Golongan yang membuat 'research' tentang MLM
g. Penulis khas mengenai MLM
g. Wakil media cetak dan elektronik yang ditugaskan memberi liputan terhadap industri jualan langsung.

16 Mac 2008

MESEJ PENGARANG

Salam sejahtera buat anda sekalian.

Mesej Pertama

Sekiranya anda ada pandangan mengenai MLM, bolehlah kemukakan pandangan anda itu dengan menghantar e-mel ke wartawanmlm@gmail.com.

Pandangan anda itu akan disiarkan di dalam blog ini secara PERCUMA dengan syarat menyertakan sekali nama penuh, pekerjaan asal atau sekarang dan gambar close-up dalam format JPEG. Kalau nak letak nombor telefon untuk disiarkan pun boleh. Itu terpulang kepada anda.

Pihak pengarang akan mengumpulkan seberapa banyak pandangan untuk tatapan umum. Walau bagaimanapun, pandangan anda itu mestilah bersifatkan umum, tidak menyatakan syarikat yang anda wakili.

Mesej Ke-2

Pihak pengarang akan menerbitkan sebuah buku khas berkenaan dengan Peluang-peluang Perniagaan & Peluang Menambah Pendapatan.

Buku itu bertujuan untuk membantu golongan yang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang meningkat supaya mereka boleh menambah pendapatan ataupun terlibat dalam aktiviti ekonomi dengan melibatkan diri dalam apa juga perniagaan mengikut kemampuan.

Bagaimana anda boleh membantu?
Senang sahaja. Hebahkan apa juga peluang-peluang perniagaan ataupun peluang menambah pendapatan, kami akan siarkan di dalam buku berkenaan. Walau bagaimanapun, ruangannya sangat terhad. Siapa yang bertindak cepat untuk menghebahkan peluang yang ada, itulah yang kami akan siarkan.

Buku itu akan dicetak permulaan sebanyak 10,000 naskhah dan dijual di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.

Bagaimana dengan kosnya?
Kosnya adalah seperti berikut:

a. RM100 - Berbentuk Direktoi
b. RM300 - 1/4 muka surat saiz A3
c. RM500 - 1/2 muka surat saiz A3
d. RM800 - 1 muka surat saiz A3

Bayaran hendaklah dibuat atas nama SUCCESS MEDIA NETWORK melalui cara berikut:
1. Maybank2u ke nombor akaun 512183129017 (e-mel slip pembayaran bersama dengan butiran keterangan Peluang Perniagaan / Peluang Menambah Pendapatan anda ke notaeditor@gmail.com).
2. Bank in ke nombor akaun 512183129017 (Poskan sekali bersama dengan butiran keterangan Peluang Perniagaan / Peluang Menambah Pendapatan anda).
3. Wang Pos atas nama SUCCESS MEDIA NETWORK ke alamat SUCCESS MEDIA NETWORK, 579A, Tingkat 1, Jalan Samudra Utara 2, Taman Samudra, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Bagi yang betul-betul berminat hendak menghebahkan segala peluang yang ada, boleh ajukan persoalan 'direct' kepada pengarang buku berkenaan di nombor 019-6329767.

HANYA YANG BERTINDAK PANTAS AKAN DIBERI KEUTAMAAN!!!!

Sekian, terima kasih.

05 Februari 2008

CATATAN PERJALANAN WARTAWAN MLM - 2


Pengalaman Buat MLM

WALAUPUN teori mengenai MLM penuh di kepala, namun demikian, ia tidak mendapat apa-apa manfaat kalau tidak dipraktikkan. Justeru itu, tahun 2002 adalah permulaan saya menceburi MLM secara aktif dengan menyertai sebuah syarikat MLM tempatan.

Saya begitu bersemangat sekali ketika mengisi borang menjadi ahli walaupun terpaksa berhutang dengan upline (pak Jais). Di awal penyertaan saya mengikuti kursus Success Network Programme (SNP) untuk pengedar baru yang dikendalikan dua orang jutawan dari syarikat yang saya sertai.

Melalui kursus ini saya mendapat pendedahan tentang bentuk-bentuk pekerjaan yang diklasifikasikan kepada pekerjaan matahari terbenam, matahari mendatar, matahari terbit dan matahari turun naik. Di sinilah titik-tolak saya untuk memikirkan ‘kenderaan’ yang perlu saya gunakan untuk merealisasikan impian iaitu kebebasan masa dan kebebasan kewangan.

Untuk memantapkan lagi pengetahuan, saya mengikuti upline-upline yang bertaraf jutawan ke mana sahaja mereka pergi. Yang pasti, hampir setiap malam saya akan singgah ke kedai Wak Ramlan untuk menimba ilmu.

Pengalaman yang paling menyeronokkan adalah apabila mengikuti upline mengadakan ‘home party’ ke rumah-rumah prospek di mana saya dapat saksikan sendiri bagaimana jualan boleh terhasil. Saya belajar bagaimana cara mengendalikan ‘home party’ termasuk dari segi susun atur produk, cara buat jemputan, buat demonstrasi produk dan yang paling penting ‘closing sales’.

Apabila sudah belajar, saya pun buat ‘home party’ di rumah sendiri. Jemput jiran-jiran datang ke rumah. Namun, kali pertama anjurkan ‘home party’, hanya ada seorang sahaja jiran yang datang. Barangkali jiran-jiran sudah nampak dari luar rumah saya menyusun atur produk, maka ‘tak beranilah’ mereka datang. Akhirnya majlis itu hanya bersama dengan upline-upline sahaja. Nak cerita dengan seorang jiran itu pun tak bersemangat.

Kali kedua buat ‘home party’, jemputan diperluas kepada rakan-rakan sepejabat. Prospek yang datang cuma lima orang sahaja: empat wartawan dan satu jurugambar. Yang peliknya kawan-kawan pejabat yang kerjanya hanya duduk di pejabat, tidaklah sesibuk mana tak boleh datang dan bagi bermacam-macam alasan tetapi wartawan-wartawan yang terikat dengan ‘dateline’ boleh datang.

‘Home party’ kali ini best sikit kerana ada sales. Seorang rakan setugas wartawan wanita (sekarang sudah jadi isteri kepada salah seorang ‘bodyguard’ Menteri Besar Selangor) tertarik tengan demonstrasi tuala wanita. Bermula daripada dia, kawan-kawan yang lain pun ikut sama teruja.

Nak ‘maintain’ setiap bulan tidak ada masalah. Daripada 30 orang staf tempat saya bekerja, saya cuma ada 10 pelanggan tetap yang membolehkan saya ‘maintain’ dengan mudah setiap bulan. 1 pelanggan 1 produk. 10 pelanggan sudah jadi 10 produk. Dan 10 produk ini sudah pun melebihi 100PV (syarat bulanan untuk dapat bonus). Kebanyakkan kawan-kawan sepejabat beli produk makanan kesihatan.

Macam mana saya boleh dapat mereka jadi pelanggan? Semuanya kerana perkataan MINTAK TOLONG! “Boleh tolong beli satu saja produk. Tak pe lah yang lain boleh beli kat pasar raya.” Ayat minta tolong ni sebenarnya ia berkuasa. Waktu itu saya bukan minta tolong minta sedekah, tetapi saya berniaga. Timing pulak timing yang tepat iaitu masa dapat gaji. Kalau dah pertengahan bulan, sukar sikit pasal duit gaji mereka dah habis, bimbang kalau-kalau mereka beli produk dengan berhutang.

Downline Pertama
Downline pertama saya adalah rakan sekolah dan sekampung yang berjumpa di Kuala Lumpur. Namanya Shamsulnizam Salleh. Dia bekerja di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Dialah downline yang paling rajin bawa prospek ke tempat meeting di Setapak. Walaupun rumahnya di Klang, hampir setiap minggu dia datang ke Setapak. Daripada dia seoranglah, kumpulan saya membesar. Bonus membesar pun kerana besarnya kumpulan dia.

Tetapi bonus besar tak lama. Apabila dia sama pangkat dengan saya, maka terputus (break) sementara maklumlah pelan pemasarannya bersifat 'Break away', terpaksalah terima hakikat. Beberapa kali bonusnya lebih besar daripada saya walaupun saya upline dia. Untuk dapat overriding daripada dia, saya kena ada sideline 2000PV. Walaupun pangkat Pengurus Agensi, tetapi bonus yang saya dapat adalah berpangkat paling rendah – GANGSA!

Downline
kedua yang saya taja adalah seorang usahawan kontraktor kelas F, Yusof Bonyamin. Beliau datang ke rumah saya bertujuan supaya saya memasang perisian komputer. Maklumlah setiap kali dia dapat menjual komputer kepada pelanggan-pelanggan, sayalah yang akan pasang (install) perisian komputer seperti Microsoft Windows dan sebagainya. Adakalanya dia minta saya servis komputer.

Masa dia datang ke rumah, dia teruja apabila melihat gambar-gambar jutawan yang ditampal di dinding rumah saya. Saya tidak mulakan bicara sebaliknya gambar-gambar itu yang membuatkan dia ingin tahu. Apabila dia bertanya tentang gambar itu, saya pun mulakan cerita latar belakang satu persatu jutawan yang tertampal di dinding rumah saya itu. Ternyata dia 'terangsang' apabila saya memberitahu latar belakang beberapa orang jutawan lalu meminta saya membawanya sekurang-kurangnya seorang. Dia minta saya buktikan. Saya pun pelawa di datang hari Rabu di belakang Balai Polis Batu 6, Gombak. Siapa lagi kalau tak rumah Wak Ramlan.

Apabila dia datang pada waktunya, dia bertambah teruja lalu tidak banyak soal untuk mengisi borang menjadi ahli. Daripada dia pun kumpulan saya lagi membesar. Namun demikian, oleh kerana dia lebih tertumpu pada perniagaan konvensionalnya, maka kumpulannya hanya dibiarkan begitu sahaja. Saya pun tidak rapat dengan 'orang bawahannya' sebab dia jarang kenalkan 'orang-orang'nya kepada saya.

Secara keseluruhannya, saya memiliki 7 orang 'diret line'. Memang seronok buat MLM walaupun memiliki masa yang terhad disebabkan terikat dengan 'dateline' sebagai wartawan. Masa saya lebih banyak tertumpu pada pekerjaan wartawan. Kadang-kadang bila rancang nak buat 'home party' di rumah terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana mendapat tugasan daripada editor pada waktu hujung minggu. Kerja wartawan memang kena sentiasa 'standby' pada bila-bila masa yang diperlukan.

Banyak cabaran yang saya lalui sewaktu mengusahakan MLM secara sambilan. Paling getir adalah ketika 'downline' menghilang diri dan banyak ditarik masuk ke syarikat lain. Saya sendiri kerap kali kena 'basuh minda' (brain wash) daripada leader-leader syarikat lain untuk bersama dengan mereka. Namun, saya tetap kekal dengan sebuah syarikat. Tidak berganjak, walaupun bonus turun naik dan jatuh begitu teruk.

Saya dapat banyak pengalaman yang sebenarnya tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Bukan senang nak berjaya dalam MLM walaupun kita lihat orang berjaya seperti nampak kelihatan mudah. Saya terasa patah semangat juga ketika di awal-awal buat MLM. Jemput orang datang meeting, seorang pun tak datang. Saya masih ingat, sewaktu program di kampung halaman, saya jemput lebih dari 10 orang supaya hadir ke sebuah hotel di Segamat.

Dari Kuala Lumpur, saya tumpang kereta BWW 5 siries yang baru, milik seorang jutawan yang dahulunya bekerja sebagai penghatar surat. Saya jangkakan kawan-kawan di kampung akan hadir sekurangnya 6 orang yang sudah 'comfirm' untuk hadir. Tapi bila sampai di hotel berkenaan, tiada seorang yang yang hadir. Seterusnya, 3 lagi program berikutnya diadakan di kampung saya di tempat yang sama. Namun, ketiga-tiga program tiada seorang pun orang yang saya jemput hadir.

Dalam hati memang sedih dan kecewa tetapi apabila selalu berdamping dengan orang-orang yang sentiasa bermotivasi, perasaan sedih dan kecewa malah sikap putus asa telah tenggelam. Saya berjaya menewaskan diri sendiri. Yang paling sukar sekali adalah melawan diri sendiri, tetapi saya berjaya mengatasi semua sikap yang negatif itu.

Di pejabat, masih saya ingat usikan bos. Dalam satu mesyuarat editorial, bos beritahu yang mana semua yang hadir meeting pada pagi itu diberitahu ada seorang kakitangan tidak cukup makan, dia jadi doktor sambilan - jual ubat dalam pejabat! Saya hanya tersenyum mendengarnya, kawan-kawan yang perasaan memerhatikan saya. Saya tidak pun rasa malu!

Begitulah cabaran-cabaran yang saya lalui. Lama-kelamaan saya dapat menerima apa juga cabaran. Dan saya sudah pasang tekad, 2009 saya akan jadi apa yang saya nak jadi. Itu adalah azam yang saya tanam di minda sejak tahun 2004. Namun demikian, ketika azam telah tertanam begitu kuat di dalam minda, ketika inilah datang ujian daripada seorang insan, yang dahulunya saya anggap sebagai idola.

Oleh kerana saya lebih cenderung kepada bidang penerbitan, saya beritahu hasrat untuk menerbitkan majalah sendiri, tidak lagi makan gaji. Saya jumpa seorang jutawan dan memang cukup terkenal dalam industri MLM. Saya bawa 'proposal' untuk buat majalah kepadanya selepas meeting di Klang. Waktu itu tinggal di Greenwood, tetapi tiap-tiap minggu (hari Khamis) saya datang ke tempat jutawan berkenaan. Waktu itu beliau sangat sibuk lalu meminta saya membincangkannya di rumah beliau, di Kelab Golf SAS yang nilainya lebih dari RM2 juta.

Di dalam rumah beliau, saya berbincang mengenai usaha untuk mewujudkan sebuah majalah keusahawanan. Nama majalah masa itu tak wujud lagi. Beliau bersetuju dan idea saya diterima sepenuhnya lalu beliau minta saya teruskan apa yang dirancang. Maka saya tidak sedar ketika inilah bermulanya titik-tolak impian saya untuk jadi jutawan MLM semakin lama semakin kendur.

Kenapa saya kata semakin kendur? Kerana ada konflik. Ikuti CATATAN PERJALANAN WARTAWAN MLM siri ke-3: Konflik: MLM atau media.

01 Februari 2008

Artikel 1 - BAGAIMANA MEMILIH MEDIA BEBAS UNTUK PENGEDAR MLM?

SEJAK kebelakangan ini, media banyak memainkan peranan dalam memberi publisiti yang meluas terhadap industri jualan langsung berbilang tingkat (MLM) dengan memberi liputan kepada individu-individu yang berjaya di bidang berkenaan.

Peranan media memang sangat berkesan dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat untuk menyertai perniagaan MLM. Sekiranya ada pemimpin ataupun pemilik syarikat MLM keluar dalam sesuatu media sama ada majalah mahupun surat khabar, sudah tentu ia boleh digunakan sebagai sponsoring tools bagi menarik prospek menyertai MLM.

Sekiranya anda mendapat tawaran untuk diwawancara oleh wartawan media massa, seharusnya anda tidak menolaknya kerana ia sebenarnya memberi ‘publisiti’ percuma kepada anda sekaligus boleh digunakan oleh ‘downline-downline’ anda ataupun anda sendiri untuk mempengaruhi prospek menyertai perniagaan yang anda tawarkan.

Namun demikian, dalam keghairahan anda mencari peluang untuk memasuki media-media tertentu, beberapa kriteria perlu diberi perhatian kerana jika langkah-langkah tidak diambil, berkemungkinan besar ia akan menjadi ancaman terhadap perniagaan MLM yang anda lakukan.

Jika tersilap langkah, ‘downline-downline’ anda itu boleh ‘ditarik keluar’ untuk menyertai syarikat MLM yang lain. Sebab itu, kenalah berhati-hati ketika anda mendapat peluang untuk memasuki media-media tertentu.

Sebelum anda menerima pelawaan untuk diwawancara, kaji terlebih dahulu latar belakang penerbit dan juga pengarang ataupun editor media berkenaan. Ini kerana kadangkala terdapat agenda-agenda tertentu yang boleh memberi implikasi terhadap anda dan network anda.

Sebagai contoh, jika seorang pengarang itu secara aktif dalam sesebuah syarikat MLM, sudah tentu dia memiliki agenda untuk semata-mata menaikkan syarikat yang disertainya sahaja walaupun dia juga memberi ruang liputan terhadap syarikat-syarikat MLM yang lain seolah-olah kelihatan ‘sama rata’.

Tidak boleh dinafikan, terdapat media yang belakangnya dipengaruhi oleh syarikat-syarikat MLM tertentu apatahlagi syarikat-syarikat MLM berkenaan turut membiayai modal bagi aktiviti penerbitan media berkenaan.

Apabila kedua-duanya terlibat – pengarang dan syarikat MLM – sudah tentu media tersebut akan ‘bias’ terhadap sebuah syarikat MLM. Kebelakangan ini terdapat majalah usahawan yang tumbuh bagaikan cendawan.

Adanya majalah baru berkonsepkan keusahawanan adalah sangat bagus bagi menyerikan lagi industri penerbitan tanah air tetapi motif penerbitan adalah semata-mata untuk memberi ‘milleage’ hanya untuk sebuah syarikat MLM yang berada di belakang majalah berkenaan. Tambahan pula pengarangnya sendiri turut aktif mengusahakan perniagaan MLM syarikat yang berselindung di belakang majalah berkenaan.

Apakah implikasinya anda sebagai seorang pemimpin (leader) yang mempunyai ‘network’ yang ramai mendapat publisiti di majalah berkenaan? Apabila ‘network’ anda membaca majalah berkenaan yang terselit agenda sebuah syarikat MLM, besar kemungkinan ‘downline-downline’ anda terpengaruh untuk menyertai syarikat berkenaan.

Bukan itu sahaja, akan ada leader-leader lain menganggap anda sudah menyertai syarikat yang berada di belakang majalah berkenaan sekaligus menyebabkan reputasi ataupun nama baik anda tercemar. Apabila nama anda tercemar, keyakinan ‘downline’ terhadap diri anda pun semakin berkurangan. Inilah politik dalam MLM yang kadangkala tidak disedari.

Justeru itu, beberapa perkara perlu diberi keutamaan sebelum anda menerima pelawaan mana-mana media untuk menyiarkan kisah kejayaan anda. Yang penting anda kena pastikan sama ada media yang berkenaan bebas dari pengaruh syarikat ataupun pemimpin MLM atau sebaliknya.

Seharusnya anda membuat rujukan terlebih dahulu atau bertanya kepada mereka yang arif dalam memastikan media yang benar-benar bebas.

Ciri-ciri media bebas untuk pengedar MLM
* Pengarang tidak aktif dalam mana-mana syarikat MLM. Tetapi tidak menjadi masalah kalau pengarang itu hanya menjadi ahli mana-mana syarikat MLM.

* Syarikat penerbit bukan dari entiti perniagaan yang ditubuhkan sendiri oleh syarikat MLM. Bermakna bukan menjadi anak syarikat kepada syarikat MLM tertentu.

* Penerbit bukan menjadi proksi kepada syarikat MLM tertentu. Contohnya, syarikat MLM memberikan modal kewangan untuk pihak tertentu membuka syarikat penerbitan sendiri. Penerbit sudah tentu terpaksa akur dengan pemberi modal dan sudah tentu segala penerbitan adalah bersifat ‘bias’.


Artikel ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Jika anda ada pandangan yang bernas untuk dikongsikan dalam artikel ini, silalah berbuat demikian dengan menghantar emel ke wartawanmlm@gmail.com

09 Januari 2008

CATATAN PERJALANAN WARTAWAN MLM - 1


Sejarah Permulaan Menjadi Wartawan

MENJADI penulis adalah impian yang telah terbina sejak dari kecil lagi. Ketika berada di bangku sekolah, Sekolah Tinggi Segamat Johor (STS), bakat saya digilap oleh guru sastera, Drs. Ungku Mohamad Zaman Tahir. Beliau banyak memberi galakan serta rangsangan kepada saya untuk menceburi bidang penulisan.

Waktu di tingkatan 6 bawah, saya mendapat pendedahan tentang proses menerbitkan buku sekolah – majalah OPHIR dari A to Z. Saya terpilih menjadi sidang redaksi majalah berkenaan. Tugas saya waktu itu adalah mendapatkan bahan dengan mewawancara beberapa sumber dan kemudiannya diolah dalam bentuk tulisan. Secara tidak langsung, di sekolah lagi saya sudah menjadi wartawan. Perasaan seronok menjadi wartawan mulai bercambah di dalam jiwa apabila diberi peluang menemubual pelajar-pelajar, guru-guru termasuk Guru Besar.

Di samping menjadi wartawan, saya juga bertindak membantu Ketua Editor untuk menyediakan bahan sehinggalah terjadi majalah (siap dicetak).

Setahun kemudiannya iaitu di Tingkatan 6 atas (tahun akhir persekolahan), saya dilantik menjadi Ketua Editor. Tanggungjawab pun semakin berat. Kalau tahun sebelum itu mewawancara sumber, tetapi kali ini lebih tumpuan terhadap proses-proses menerbitkan majalah sekolah secara keseluruhannya. Saya kena pastikan majalah tersebut berjaya diterbitkan. Apa yang penting, saya lebih terdedah dengan kerja-kerja kewartawanan sehinggalah majalah berjaya dicetak.

Tamat persekolahan, awal tahun 1996 saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai 'salesman', bidang yang bukan saya minati tetapi terjebak dan terpaksa. Saya sempat bekerja selama 6 bulan sahaja dan pendapatan yang saya perolehi agak lumayan. Pertama kali bekerja boleh dapat pendapatan purata RM2000-2500 sebulan.

Selepas mengambil pengalaman sebagai 'salesman', saya pulang ke kampung halaman semula di Segamat, Johor. Ogos 1996, kembali semula ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus perbankan dan kewangan di sebuah institusi swasta di Jalan Tungku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Tetapi malangnya, selepas sebulan belajar subjek berkenaan, saya gagal dalam beberapa temuduga untuk kerja ‘bank’.

Oktober 1996, ketika sarapan pagi di Restoran Kak Su, di Bandar Baru Ampang, saya terbaca iklan akhbar Berita Harian: “WARTAWAN DIPERLUKAN. Syarat lulusan SPM dan minat jadi wartawan.” Saya hubungi nombor yang tertera dan meminta saya datang temuduga. Lepas baca iklan saya terus ke tempat berkenaan.

Lokasinya berdekatan dengan Hotel Flamengo, Ampang. Ingatkan betul-betul pejabat, tetapi lokasi temuduga di dalam ‘rumah’. Saya melepasi ujian temuduga termasuk menulis berita dari PENYATA RASMI PARLIMEN (Hansard).

Dengan gaji RM500 sebulan, saya menjadi wartawan untuk akhbar tabloid MINGGUAN POLITIK dan setahun kemudian menjadi sub-editor akhbar pendidikan mirip MINDA PELAJAR iaitu akhbar ATOM – Angkatan Terpelajar Orang Muda.

Dua surat khabar ini telah melatih tubi saya menjadi wartawan dan guru saya di bidang wartawan adalah Tuan Haji Ikhwan Nasir (Pak Wan). Selain pernah menjadi guru dan wartawan Utusan, beliau juga dikenali di kalangan ahli politik tempatan kerana pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pontian, Johor. Pak Wan juga pernah menjadi Setiausaha Politik (setpol) kepada Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail. Di samping bakat penulisan, Pak Wan juga berbakat dalam bidang pidato politik. Inilah sedikit gambaran mengenai guru sebenar yang mengajar saya bidang kewartawanan.

Namun saya tidak lama bersama dengan Pak Wan kerana syarikat penerbitannya menghadapi masalah kewangan. Sayalah orang yang terakhir berhenti kerja.

2 Januari 1998, saya bertukar tempat kerja pula ke Pustaka Wira Sdn Bhd, penerbitan milik keluarga yang diterajui Tuan Haji Salleh Hamzah (bekas wartawan Berita Harian) dan isterinya, Rahmah Saad (bekas wartawan Utusan). Di sini, lebih banyak pendedahan saya dapat.

Bermula dengan menjadi wartawan untuk majalah IBU, kemudian majalah PESONA dan melalui majalah USAHAWAN MALAYSIA yang kemudiannya bertukar USAHAWAN SUKSES, corak penulisan saya mula tertumpu ke bidang keusahawanan.

Saya lebih banyak membuat liputan untuk majalah USAHAWAN SUKSES dari ‘coverage’ untuk majalah yang lain. Namun, usahawan yang paling banyak saya temubual adalah di kalangan usahawan MLM sejak tahun 2002. Untuk memahami selok-belok bidang MLM, saya membuat 'research' mengenai bidang berkenaan.

Selain kerap mengunjungi Perpustakaan Negara, banyak juga buku-buku yang saya pinjam daripada pemimpin-pemimpin MLM daripada pelbagai syarikat. Saya pinjam, saya potostat dan menghimpunkan segala maklumat untuk dibuat ‘research’. Saya belajar sendiri dan buku yang paling banyak saya dapat pinjam adalah buku tulisan Razzi Armansur.

Tetapi yang menjadi titik tolak saya memahami dan mendalami bidang MLM adalah buku bertajuk “EMPAYAR of FREEDOM.” Walaupun ia cuma kisah kejayaan individu-individu dari syarikat AMWAY, tetapi saya dapat kutip mengenai ‘fundemental’ MLM. Falsafah, tujuan dicipta, asal-usul termasuk penciptanya, semua sudah ada dalam kepala.

Tetapi kalau setakat membuat penyelidikan melalui buku-buku sahaja tidak memadai. Ilmu yang ada kenalah dipraktikkan. Saya bertuah kerana berpeluang menemurah jutawan-jutawan MLM, maka secara tidak langsung dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri tentang gaya hidup mereka. Apabila sudah terlalu banyak mengikuti perjalanan hidup jutawan-jutawan MLM dari pelbagai syarikat, saya mula jatuh cinta dengan MLM dan menjadi ahli secara ‘sukarela’ dengan sebuah syarikat gergasi MLM tempatan.

Pada mulanya hanya untuk menemurah seorang jutawan tetapi setelah meneliti perjalanan hidupnya orang tua bernama ‘Wak Ramlan’ – hanya darjah dua sekolah zaman Jepun tetapi mampu memiliki kereta mewah Marcedes S320 yang berharga hampir setengah juta selain berjaya memiliki rumah bernilai hampir RM1 juta – hati saya terus terangsang dan ingin mengikut jejak langkahnya. Maka keesokan malamnya saya suruh Pak Jais (seorang pemandu yang tugasnya membawa wartawan dan jurugambar) yang turut menjadi ahli syarikat berkenaan supaya membawa saya ke tempat meeting.

Ketika menghadiri meeting di Jalan Genting Klang, Setapak, kebetulan malam itu ada seorang artis lelaki turut sama dalam majlis tersebut. Kelihatannya memakai kot dan bertali leher. Saya memerhatikan di sekeliling tempat meeting itu, masing-masing khusyuk – tua muda – mendengar taklimat peluang perniagaan yang disampaikan oleh pemimpin MLM. Tiba-tiba artis yang saya lihat itu tampil ke depan dan menyampaikan ceramah berkenaan dengan ‘Marketing Plan'.

Apabila mendengar dia berucap, bermacam-macam persoalan bermain di fikiran. Kalau dia boleh buat, tak kan aku tak boleh buat! Begitulah bisik hati saya. Penerangannya malam itu sangat menghiburkan, tidaklah serius dan hadirin pun ketawa terbahak-bahak menyaksikan gelagat artis berkenaan berucap.

Habis sahaja malam itu, saya terus beritahu Pak Jais: "Mana borang yang perlu saya isi?" Ketika itu saya tidak membawa duit yang mencukupi untuk jadi ahli syarikat berkenaan.

"Pak cik, saya tak ada duit nak masuk. Boleh tak bayarkan dulu yuran masuk. Dapat gaji bulan ni saya bayar” Pak Jais pun akur dengan permintaan saya. Maka bermula saya terlibat dengan perniagaan MLM secara praktikal, bukan lagi teori.

Bersambung akan datang dengan siri ke-2 - Pengalaman Buat MLM.