05 Januari 2009

ASAL USUL MLM

MENGETAHUI sejarah asal-usul sistem pemasaran berperingkat (MLM) boleh memberi pemahaman lebih mendalam mengenai tujuan asal kaedah pemasaran ini dicipta. Apabila bercakap mengenai MLM, kita tidak boleh memisahkannya daripada kewujudan Amway Corporation dan produknya, Nutrilite.

Konsep Nutrilite dimulakan pada awal tahun 1930 oleh Carl Rehnborg, seorang usahawan Amerika yang pernah tinggal di China pada tahun 1917 hingga 1927.

Pengalaman tinggal di negara terbesar dunia itu memberi peluang keemasan kepada Rehnborg untuk meneliti kesan diet yang tidak sempurna. Kehidupan yang lasak di China juga mendorong beliau mempelajari banyak perkara mengenai nutrisi ketika itu.

Akhirnya, Rehnborg membuat kesimpulan bahawa diet yang seimbang diperlukan untuk membantu tubuh tetap mampu berfungsi dengan seimbang. Hasilnya, beliau mendapati makanan tambahan adalah perlu sebagai diet yang mampu menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh tanpa mengambil kira tabiat makan seseorang.

Setelah melakukan eksperimen selama tujuh tahun, akhirnya Rehnborg berjaya menghasilkan makanan tambahan. Beliau memberikan hasil penemuannya itu kepada rakan-rakan untuk dicuba.

Sam, anak Rehnborg yang akhirnya menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Nutrilite menyatakan: "Setelah beberapa lama, ayah akan mengunjungi rakan-rakannya untuk melihat hasil yang diperoleh. Ayah terjumpa produk yang diberikannya itu berada di dalam laci tidak digunakan. Perkara tersebut remeh bagi rakannya kerana menganggap produk itu tidak berguna apa-apa. Akhirnya, ayah menemui prinsip asas, iaitu meminta rakan-rakannya membayar harga produk yang diberikan kepada mereka itu.

Apabila produk itu dijual, rakan-rakannya mengambil produk tersebut dan amat menyukainya. Mereka mahu rakan-rakan lain turut mendapatkannya. Apabila mereka meminta ayah saya menjual produk itu, ayah saya menjawab, “Awaklah yang menjualnya kepada rakan-rakan awak dan saya akan memberi komisen kepada awak.”

Perniagaan makanan tambahan Carl Rehnborg ini diberi nama California Vitamin Corporation yang kemudian bertukar menjadi Nutrilite Products pada tahun 1939.

Nota: artikel penuh dalam majalah SUKSES yang terbaru. Klik www.sukses.my