19 Mac 2008

PERSATUAN USAHAWAN MLM MALAYSIA

Salam sejahtera kepada pembaca.

Beberapa tahun yang lama, timbul isu sebuah syarikat MLM menamatkan keahlian (terminate) seorang pemimpin perniagaan yang pada waktu itu beliau sudahpun memiliki pendapatan puluhan ribu setiap bulan. Kes itu dibawa ke mahkamah dan pemimpin berkenaan memberitahu kesnya telah diselesaikan di luar mahkamah.

Ini baru satu kes. Sebenarnya banyak kes yang penulis temui sepanjang menjadi wartawan MLM, namun penulis tidak pun mengendahkan perkara ini. Tetapi baru-baru ini timbul lagi kisah seperti di atas. Lalu penulis mencadangkan kepada beberapa usahawan MLM bertaraf pemimpin besar supaya diwujudkan satu persatuan yang boleh membela kebajikan pengedar.

Penulis memberitahu, dengan adanya persatuan usahawan MLM, setidak-tidaknya nasib mereka yang telahpun meraih pendapatan lumayan tetapi ditamatkan keahlian boleh diperjuangan. Tetapi bukan bermakna kita menyokong mana-mana usahawan yang melanggar etika yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat MLM, boleh berbuat sesuka hati sehingga menyebabkan imej sesebuah syarikat MLM terjejas.

Yang perlu diperjuangkan adalah usahawan yang "terbukti" teraniaya. Maksudnya, jika ada kes, pandangan atau keterangan dari kedua-dua belah pihak iaitu syarikat dan usahawan harus diperdengarkan.

Penulis mencadangkan perkara ini. Dan sewaktu makan tangah hari di Giant, Batu Caves, dua jam yang lalu, penulis bertemu seorang pemimpin usahawan. Beliau secara tiba-tiba meminta penulis supaya mewujudkan sebuah persatuan untuk usahawan MLM.

Jadi, penulis ingin mendapatkan pandangan daripada semua usahawan MLM yang benar-benar komited untuk menjaga bisnes MLM.

Kewujudan PERSATUAN USAHAWAN MLM MALAYSIA bukan semata-mata untuk memperjuangkan nasib usahawan MLM di Malaysia malah ia juga boleh menjadi satu wadah untuk menjaga industri MLM daripada dirosakkan oleh golongan usahawan yang tidak beretika.

Lebih jelas, kita akan menentang SKIM-SKIM CEPAT KAYA yang mempergunakan kaedah MLM sebagai modus operandi mereka termasuk yang tidak terkawal sekarang iaitu SKIM-SKIM CEPAT KAYA versi internet yang turut menggunakan kaedah networking atau berselindung di sebalik program "refferal marketing"!

Kepada pemimpin-pemimpin usahawan, pandangan anda diperlukan sebelum persatuan tersebut berjaya direalisasikan. Patut atau tidak persatuan yang membela kebajikan pengedar ditubuhkan?

Sila kemukakan pandangan anda ke e-mel wartawanmlm@gmail.com.

Sekiranya anda berminat untuk sama-sama terlibat dalam idea penubuhan persatuan berkenaan, sila hubungi 019-6329767.

Siapakah yang layak menganggotai persatuan berkenaan?
a. Usahawan-usahawan MLM tanpa mengira syarikat yang disertai
b. Wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Jualan Langsung.
c. Golongan aktivis MLM
d. Peguam yang berpengalaman dalam MLM
e. Pencinta industri MLM
f. Golongan yang membuat 'research' tentang MLM
g. Penulis khas mengenai MLM
g. Wakil media cetak dan elektronik yang ditugaskan memberi liputan terhadap industri jualan langsung.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Persatuan Usahawan MLM Msia, saya amat berminat , sudahkah ditubuhkan ?