Salam sejahtera, salam kasih sayang buat anda sekalian tak kira di mana anda berada.
Blog ini ditujukan khas untuk pengkaji, pengedar atas mahupun bawahan, pemilik syarikat ataupun bagi mereka yang ingin meneroka peluang-peluang yang terdapat dalam khazanah MLM.
Sebagai wartawan yang berpengalaman luas dalam mendapatkan bahan-bahan berkenaan dengan dunia MLM, tentunya segala info yang disediakan ini nanti berupaya membantu anda tidak kira dari peringkat mana yang saya sebutkan tadi.
MLM dari sudut pandangan wartawan. Sudah lama penulis disyorkan untuk mewujudkan satu blog khas untuk bidang yang mendapat sambutan besar ini. Atas dasar perlunya maklumat mengenai MLM yang datangnya dari sumber pihak ketiga, tidak mewakili mana-mana syarikat demi kepentingan, maka penulis mengambil inisiatif merealisasikan pandangan-pandangan yang positif beberapa tahun kebelakangan ini.
Sekiranya, anda memiliki cadangan mengenai blog ini atau hendak memberi komen tentang industri MLM, sila kemukakan di dalam blog ini ataupun menerusi e-mel: wartawanmlm@gmail.com.
Segala pandangan anda sama ada yang baik ataupun sebaliknya amat saya hargai.
Akan datang, penulis akan dedahkan mengenai latar belakang penulis sendiri melalui artikel "CATATAN PERJALANAN WARTAWAN MLM" kerana ada juga di kalangan anda yang mahukan info "siapa" yang menulis. Bagaimana orang boleh memberi gelaran "Wartawan MLM". Tak kenal maka tak cinta. Nantikan saja catatan perjalanan penulis itu untuk anda mengetahui sama ada blog ini mempunyai integriti ataupun sebaliknya.
Salam kasih sayang sekali lagi.